lama tak accesssssssss.... maaf ya bloggy... (^_*)..
semalam saya menonton movie "kungfu panda" d siaran tv3.. kisah seorang panda chubby yang kecut hati untuk berhadapan dengan musuh yang dikatakan sangat hebat.
Ketakutan 'Po' si panda chubby hilang...sebaik ayahnya mengatakan bahawa " To make something Special, we must believe it's special..with no special ingredients"...
hrmmm.. bila kita melihat diri kita sendiri d kaca cermin, selalunya kita melihat diri kita sangat hodoh..walaupun mereka pula mengatakan yang sebaliknya. Lalu ...apa perkara indah yang ada pada diri kita?
bagaimana seharusnya kita boleh mencintai orang lain sedangkan kita sama sekali tidak mampu untuk mencintai diri kita sendiri?siapa kita? Adakah kita dicipta dengan wajah kita sekarang secara kebetulan?
Saya percaya bahawa tiada satu pun perkara yang terjadi dan diciptakan secara kebetulan dalam alam kehidupan kita. seperti juga cinta.. cinta kepada ibu bapa misalnya. Kita tidak boleh cuma mengatakan kita mencintai mereka kerana mereka orang tua kita. Pasti ada yang lain.. yang sangat susah untuk kita ungkapkan atau sangat sukar untuk kita jelaskan kepada orang lain.. harus ada, dan kita tidak akan pernah tahu seberapa banyak jumlah "keberadaan" itu..
"Even when you feel ugly or depressed or guilty or ashamed, there is an inner spark in you which is light. This light is your beauty. This light is your reflection of God. You are a child of God, thus you are beautiful"
kita indah... dan kita kuat. Lebih dari apa yang kita jangkakan. Diri kita setiap hari adalah pemenang walaupun rasanya terdapat hari2 di mana kita jatuh, kerana kejatuhan itulah yang akhirnya akan memenangkan kita. Kejatuhan itu juga yang seterusnya akan mengangkat kita jauh lebih tinggi. Namun, itu adalah bergantung kepada setiap individu tentang bagaimana mereka menilai erti kejatuhan itu.
Kita cantik.. dalam dan luarannya kita tetap cantik. Meskipun ada yang menyangkalnya, namun yakinlah bahawa mata yang menyangkal itu adalah mata kurniaan dunia kepada mereka.Mungkin mereka mengatakn kita hodoh sebaik mereka sedar bahawa sebenarnya mereka juga hodoh atau lebih hodoh daripada kita.. hahahaha. Percayalah.. Tuhan menciptakan kita semuanya indah sejak kita dari kandungan ibu kita. Tiada seorangpun yang ditakdirkan untuk hidup gagal kecuali manusia itu sendiri yang menganggap sedemikian.
Profesor kepada Albert Einstien bertanya dan menyimpulkan bahawa " Adakah Evil di dunia? kalau Evil wujud, maka Tuhan juga adalah Evil kerana Evil itu ciptaan Tuhan"
Tetapi Einstien mebangkang dan mengatakan " Evil itu bukan Evil dan Tuhan tidak menciptakan Evil, Tetapi manusia yang tidak mempunyai Tuhan dalam hidupnya itu yang menciptakan Evil "
Percayalah... kita sangat istimewa :)

